Ahmad Razif ketika mengumumkan calon BN Terengganu hari ini.
Ahmad Razif ketika mengumumkan calon BN Terengganu hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said masing-masing kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan DUN Kijal.

Pencalonan Ahmad Razif di DUN berkenaan menepati ramalan awal bahawa beliau akan kekal di kerusi yang ditandinginya sejak 2008 itu untuk meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar bagi penggal PRU14 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.

Selain itu, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Basir Ismail dipilih sebagai calon bagi kerusi DUN Tepoh; Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), Che Mansor Salleh (Buluh Gading) dan pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Turut dikekalkan ialah 18 calon penyandang sebelum ini, manakala penyandang Parlimen Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari digugurkan.

Tempat beliau digantikan bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid dan bekas ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee bertanding di Parlimen Setiu, manakala Datuk Halim Jusoh di DUN Permaisuri.

Berikut adalah senarai penuh calon BN Terengganu bagi PRU14;

P033 – Besut (Datuk Seri Idris Jusoh)

N01 – Kuala Besut (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman)

N02 – Kota Putera (Mahadi Musa)

N03 – Jertih (Datuk Muhamad Pehimi Yusof)

N04 – Hulu Besut (Nawi Mohamad)

P034 – Setiu (Datuk Mohd Jidin Shafee

N05 – Jabi (Mohd Iskandar Jaafar)

N06 – Permaisuri (Datuk Abd. Halim Jusoh)

N07 – Langkap (Datuk Sabri Mohd Noor)

N08 – Batu Rakit (Bazlan Abd. Rahman)

P035 – Kuala Nerus (YM Tengku Asmadi Tengku Mohamad)

N09 – Tepoh (Datuk Basir Ismail)

N10 – Buloh Gading (Che Mansor Salleh)

N11 – Seberang Takir (Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman)

N12 – Bukit Tunggal (Tuan Fadilah Tuan Ahmad)

P036 – Kuala Terengganu (Datuk Wan Nawawi Wan Ismail)

N13 – Wakaf Mempelam (Salleh Othman)

N14 – Bandar (Toh Seng Cheng)

N15 – Ladang (Datuk Mohd Sabri Alwi)

N16 – Batu Burok (Zamri Awang Hitam)

P037 – Marang (Mohd Noor Endut)

N17 – Alor Limbat (Datuk Saiful Bahri Baharudin)

N18 – Bukit Payong (Toh Puan Zaitun Mat Amin)

N19 – Rhu Rendang (Datuk Nik Dir Nik Wan Ku)

N20 – Pengkalan Berangan (A. Latiff Awang)

P038 – Hulu Terengganu (Datuk Rosol Wahid)

N21 – Telemong (Datuk Rozi Mamat)

N22 – Manir (Yusof Awang Hitam)

N23 – Kuala Berang (Datuk Tengku Putera Tengku Awang)

N24 – Ajil (Ghazali Taib)

P039 – Dungun (Datuk Din Adam)

N25 – Bukit Besi (Roslee Daud)

N26 – Rantau Abang (Wan Zulkifli Wan Gati)

N27 – Sura (Datuk Zainun Abu Bakar)

N28 – Paka (Che Ku Hamzah Che Ku Deraman)

P040 – Kemaman (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)

N029 – Kemasik (Ir. Rosli Othman)

N30 – Kijal (Datuk Seri Ahmad Said)

N31 – Chukai (Datuk Mohamed Awang Tera)

N32 – Air Puteh (Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar) – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast