Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Pakatan Harapan mengenai jaminan terhadap penjawat awam di Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2018 PPBM
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Pakatan Harapan mengenai jaminan terhadap penjawat awam di Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2018

PETALING JAYA – Mahkamah menggantung arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara sementara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang media di ibu pejabat partinya sebentar tadi.

Sehubungan itu beliau menjelaskan bahawa PPBM bebas bergerak menuju ke Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya baru terima berita daripada mahkamah peguam saya menyatakan bahawa bantahan awal peguam negara terhadap permohonan semakan PPBM telah ditolak.

“Mahkamah juga menggantung perintah RoS yang kononnya membubarkan sementara PPBM. Dengan PPBM bebas untuk meneruskan perjuangan membawa perubahan tiada halangan PPBM berfungsi sebagai aprti politik yang sah,” katanya.

Tambah beliau perkembangan tersebut dalam masa yang sama membenarkan PPBM meneruskan cabaran terhadap RoS yang sebelum ini mendakwa parti itu sebagai megeluarkan arahan yang tidak bertepatan dengan keperluan undang-undang.

“Ini bermakna bahawa PPBM telah dibenarkan oleh mahkamah untuk meneruskan cabaran terhadap RoS yang telah melakukan kesalahan dalam tindakannya terhadap PPBM, jadi kita akan teruskan cabaran ini,” katanya.

Menurut Muhyiddin PPBM akan tetao menggunakan logo PKR menjelang PRU nanti.

Pada 13 April lalu, PPBM yang ditolak semakan kehakiman berhubung Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 sebelum ini, telah memfailkan satu lagi semakan kehakiman.

Kali ini, semakan kehakiman tersebut mengenai Seksyen 14 (5) Akta yang sama pada perintah pembubaran sementara PPBM selama 30 hari itu.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast