Home Utama Puad tahu akibatnya jika tanding Bebas

Puad tahu akibatnya jika tanding Bebas

Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam UMNO akan terlucut serta-merta jika beliau membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu seharusnya tahu perlembagaan parti dan sedar akan kesan terhadap setiap tindakannya.

“Kalau dia bertanding parti Bebas secara automatik dia akan digugurkan daripada UMNO, dia tahu Perlembagaan UMNO dia tahu syarat menjadi ahli UMNO semua itu dia tahu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu akan bertanding atas tiket Bebas.

Namun beliau berkata, sehingga kini Puad belum mengumumkan apa-apa.

“Tak pasti lagi dia akan bertanding sebagai calon Bebas,”katanya lagi.

Tengku Adnan kemudian menasihatkan agar Puad bertindak mengikut kewajaran, bukan mengikut hati.

“Bertenang. Itu masalahnya, kadang-kadang perkara ini jadi sebab ikut hati, panas hati,  itu jadi masalah. Itulah kena tenang, rasional sikit,” tambah beliau. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast