UMNO PH Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Mohd Sharkar Shamsudin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Sharkar Shamsudin terpilih menjadi calon Parlimen Temerloh dan dalam masa calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang pada PRU-14 nanti.

Jika sesetengah negeri Pengerusi Barisan Nasional (BN) bertanding dua kerusi (DUN dan Parlimen) di Pahang ialah timbalan pengerusi BN iaitu Sharkar.

Sementara itu, difahamkan, calon BN bagi Parlimen Kuala Krau ialah Datuk Seri Ismail Mohamed Said, calon DUN Kerdau ialah Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Kedua-duanya penyandang kerusi yang sama sebelum ini.

Calon BN DUN Jenderak pula ialah Datuk Seri Mohamed Jaafar dan calon BN DUN Jengka ialah Datuk Wan Salman Wan Ismail.

Hari ini BN Pahang akan mengumumkan senarai nama-nama calon dan pemberian watikah calon di Yayasan Pahang, Kuantan.

Teka-teki calon BN bagi Parlimen Cameron Highlands akan diketahui secara rasmi hari ini walaupun MIC telah menamakan ketua pemudanya, Datuk C. Sivarrajh namun watikah masih belum diterima secara rasmi.- MalaysiaGazette