Home Nasional PRU14: Razali berdepan dua pencabar

PRU14: Razali berdepan dua pencabar

Ketiga-tiga calon Parlimen mencabut undi bagi kawasan P.146 Muar.

MUAR – Datuk Razali Ibrahim sah dicabar dua calon lain pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) Parlimen Muar pada 9 Mei depan.

Razali yang menyandang kerusi itu sejak tiga penggal lalu mengemukakan kertas pencalonannya pada jam 9.10 pagi.

Beliau selesai menyerahkan borang pencalonan tepat jam 9.22 pagi.

Razali merupakan calon ketiga yang menghantar borang ke kaunter semakan SPR.

Terdahulu, calon Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendahului calon lain menghantar borang pencalonan ke kaunter semakan diikuti calon PAS, Aziz Abu Talib.

Kesemua borang pencalonan diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, On Jabar untuk saringan Jabatan Insolvensi dan SPRM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast