GOMBAK – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan hadir sesi pembentangan kepincangan 9 calon pilihan raya daripada parti yang memerintah negeri itu pada 5 Mei nanti.
Malah, Azmin juga enggan melayan dakwaan yang dibuat oleh Pengasas Solidariti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin baru-baru ini.
“Terserah kepada dialah, untuk apa saya datang,” katanya.
Beliau menasihatkan agar mana-mana individu membuat tuduhan membuta tuli sebaliknya menggunakan saluran yang betul sebagai cara tepat untuk membuktikan dakwaan yang dilontarkan.
“Itu terpulang kepada dia, kita ada badan siasatan janganlah kita jadi pendakwa, kita menjadi hakim, kita menjadi petuduh.
“Kalau ada apa-apa bukti serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk buat siasatan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon Parlimen Gombak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu.
SAMM bersama-sama Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor akan mendedahkan salah laku 9 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu termasuklah Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 5 Mei akan datang.
Antara yang disebut Badrul atau Chegubard dalam pendedahannya nanti adalah calon DUN Pelabuhan Klang Tanjung Sepat (Borhan Aman Shah), Gombak Setia (Hilman Idham) dan Azmin sendiri dari Gombak dan Bukit Antarabangsa. -MalaysiaGazette