PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pendidikan dapat keutamaan tertinggi dalam susunan kerajaan menerusi prinsip pendemokrasian.
Perdana Menteri menegaskan, ia dibuktikan apabila sebanyak RM56 bilion diperuntukan dalam bidang pendidikan pada tahun 2018.
Jelas beliau, sebagai perbandingan perbelanjaan dalam bidang pendidikan negara adalah dua kali ganda di negara Asia lain.
“Jika hendak hitung jumlah subsidi kepada pelajar adalah begitu besar yang kadang-kadang kita tidak merasai atau mengetahui tidak ada apresiasi jumlah besar buat murid dan pelajar dalam sistem pendidikan negara.
“Bagi sekolah rendah pukul rata lebih RM8,000 ditanggung kerajaan bagi setiap murid setahun.
“Murid sekolah menengah pula hampir RM9,00 dan institusi pengajian tinggi awam lebih 90 peratus pengajian ditampung oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Guru dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Pekan di Dewan Canselori, Universiti DRB-Hicom di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mengulas lanjut, Najib memberitahu, komiten kerajaan begitu tinggi kerana pendidikan penting untuk mengubah nasib anak bangsa atau insan untuk membezakan antara mereka pada masa depan.
Namun jelas beliau, kerajaan bukan semata-mata menyediakan peluang pendidikan sebaliknya kesungguhan yang murid untuk mencapai kejayaan.
“Bukan peluang dapat pendidikan semata-mata tapa ada kesungguhan yang diimpi mereka.
“Bukan juga terhad kepada sosial ekonomi di mana dia berada, dari segi warna kulit atau taraf sosial namun daya keinginan yang beza pelajar untuk cemerlang atau sebaliknya.
“Ini jauh beza dengan negara maju lain maju atau negara sedang membangun.
“Saya sebagai ketua kerajaan bangga dengan prinsip pendekromasian pendidikan di mana taraf atau kualiti atau akses kini jadi jadi milik semua rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette