Home Ekonomi IHPR Mac turun 2.2%

IHPR Mac turun 2.2%

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun menurun 2.2 peratus pada bulan Mac 2018 berbanding penurunan 3.4 peratus pada Februari 2018.

Antara sektor yang mencatatkan penurunan dalam tempoh ini adalah Pertanian, perhutanan & perikanan (-11.0%) dan Pembuatan (-2.3%).

Indeks yang mencatatkan peningkatan adalah sektor Perlombongan (+5.8%), Bekalan elektrik & gas (+1.3 %) dan Bekalan air (+0.1%), menurut Jabatan Perangkaan.

Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan menurun 0.4 peratus pada Mac 2018. Penurunan indeks ini disebabkan oleh sektor Pertanian, perhutanan & perikanan (-2.9%), Pembuatan (-0.4%), Bekalan air (-0.2%) dan Perlombongan (-0.1%).

Sementara itu, indeks bagi sektor Bekalan elektrik & gas mencatatkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus.

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan menurun 0.4 peratus pada bulan Mac 2018.

Penurunan ini disebabkan perubahan negatif dalam indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-1.0%) dan Bahan perantaraan, bekalan & komponen (-0.6%).

Sementara itu, Barang siap direkodkan meningkat 0.2 peratus.

Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada Mac 2018 turun 2.2 peratus.

Penurunan ini didorong oleh penurunan indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-0.7%), Bahan perantaraan, bekalan & komponen (-2.8%) dan Barang siap (-2.2%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast