Dari kiri calon Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng, Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir; DUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad, Parlimen Tebrau, Steven Choong dan DUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse bergambar kenangan pada Majlis Ceramah Trak Harapan di Taman Maju Jaya, Johor Bahru, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 29 APRIL 2018.
Dari kiri calon Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng, Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir; DUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad, Parlimen Tebrau, Steven Choong dan DUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse bergambar kenangan pada Majlis Ceramah Trak Harapan di Taman Maju Jaya, Johor Bahru, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 29 APRIL 2018.

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) di Johor lebih gemar menggunakan pendekatan menyerang peribadi calon-calon parti lawan terutama Barisan Nasional (BN) untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mereka menghentam dengan mengaitkan pelbagai isu yang bertujuan agar pengundi-pengundi di Johor terpengaruh, seterusnya membuat pilihan untuk memenangkan mereka pada PRU nanti.

Berdasarkan pemerhatian, calon-calon dilihat sering menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Paduka Rosmah Mansor untuk dijadikan modal berceramah dengan memburukkan nama mereka selain nama-nama pimpinan BN.

Bermula pukul 8 malam, tidak ada satu pun ceramah daripada lima calon yang diundang dari beberapa kawasan tturut menyelitkan beberapa fakta yang tidak diketahui kesahihannya untuk memburukkan pemimpin negara.

Kepetahan mereka di atas pentas itu mendapat sorakan kira-kira 500 hadirin dan dipercayai penyokong tegar DAP.

Bagaimanapun, Pas yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan untuk merebut kerusi di beberapa kawasan di Johor terselamat daripada serangan PH yang sememangnya tekad menjadikan BN sebagai musuh tradisi.

Tidak ada satu pun hujah dikeluarkan oleh calon yang berceramah untuk membuka apa sahaja perkara berkaitan Pas, sebaliknya serangan bertalu-talu hanya dutuju kepada BN dengan harapan mereka dapat menuju ke Putrajaya.

Sorakan paling gemuruh didengari apabila calon kerusi Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasruldin Mohd Nasir menggunakan fakta-fakta tertentu untuk menarik perhatian para hadirin.

Kelebihannya sebagai orang kanan kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dijadikan modal strategik untuk menyakinkan pendengar-pendengar agar mempercayai kata-katanya.

“Saya ini bekerja dengan YB Rafizi. Hari-hari kerja kami siasat pelbagai perkara melibatkan salah laku yang dibuat oleh pemerintahan Najib dan Barisan Nasional.

“Saya yakin rakyat di Johor tak sabar nakkan Pakatan Harapan mengambil alih negeri ini.

“Percayalah, kalau kita memenangi semua kerusi di peringkat DUN dan Parlimen tidak termasuk negeri-negeri lain, Putrajaya pasti akan beralih kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam pada itu, jangkaan awal bahawa calon kerusi Parlimen Iskandar Puteri yang juga veteran DAP, Lim Kit Siang ketika dijadualkan hadir pada ceramah tersebut bagaimanapun tidak kelihatan.

Difahamkan, Kit Siang mengubah keputusan pada saat akhir apabila mahu bertemu dengan pengundi-pengundinya di Gelang Patah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast