Calon DAP untuk Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming melambai tangan ke arah orang ramai yang hadir pada Program Ceramah Pakatan Harapan di Kuil Bu Tong Sun Hean Bu Keong, Teluk Intan, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2018.
Calon DAP untuk Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming melambai tangan ke arah orang ramai yang hadir pada Program Ceramah Pakatan Harapan di Kuil Bu Tong Sun Hean Bu Keong, Teluk Intan, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2018.

TELUK INTAN – Biarpun menghadapi tentangan tiga penjuru daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, DAP dengan angkuh berkata mereka menyerahkan kuasa kepada pengundi Teluk Intan untuk memilih pada 9 Mei ini.

Calon DAP, Nga Kor Ming berkata, parti itu meletakkan sepenuh kuasa kepada pengundi bagi memilih sesiapa sahaja yang mereka mahu sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat.

“Kita serahkan kepada kuasa rakyat untuk pilih siapa pilihan mereka pada hari pembuangan undi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kor Ming berkata demikian selepas menghadiri siri ceramah di Kuil Bu Tong Sun Hean Bu Keong di Teluk Intan.

Calon DAP Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming melambai tangan ke arah orang ramai yang hadir pada Program Ceramah Pakatan Harapan di Kuil Bu Tong Sun Hean Bu Keong, Teluk Intan, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2018.

Walaupun kenyataan Kor Ming itu nampak tenang namun beliau tidak boleh menafikan gelombang dua parti yang turut merebut kerusi Teluk Intan.

Ini kerana DAP tampak selesa apabila hanya menentang BN di Teluk Intan pada pilihan raya kecil sebelum ini, namun mereka kini terpaksa bertarung dengan Pas.

BN mempertaruhkan penyandangnya, Datuk Seri Mah Siew Keong sebagai calon mereka bagi mengekalkan kuasa di situ.

Siew Keong sebelum ini berkata mempertahankan kerusinya adalah tugas paling sukar apabila beliau terpaksa berdepan dengan dua lagi pencabar.

Pas pula mempertaruhkan Dr. Ahmad Ramadzan Ahmad Daud sebagai calon.

Kali terakhir Pas bertanding di Teluk Intan adalah pada 1995. – MalaysiaGazette