Pemuda MIC negeri Pulau Pinang
Calon Barisan Nasional (BN) N.09 Bagan Dalam, Dhinagaran Jayabalan menyarungkan medal kepada peserta yang berjaya menamatkan larian pada Labour Day Fun Walk anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Taman Bagan, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 01 MEI 2018

BUTTERWORTH – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, J.Dhinagaran berpendapat sudah tiba masanya pengundi memberi peluang kepadanya berbakti sebagai anak jati di kawasan itu.

“Saya anak jati Bagan, bukannya sekadar politik. Saya tidak ambil peduli tentang pembangkang serta tindak tanduk mereka.

“Saya sudah melakukan apa yang terdaya selama ini untuk masyarakat setempat di Bagan Dalam. Biar mereka mengadilinya pada PRU nanti,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Bagan baru-baru ini.

Dinagaran memberitahu, beliau bersedia menzahirkan perkhidmatannya tanpa memilih warna bulu dan bangsa sekiranya memenangi DUN Bagan Dalam pada PRU-14.

“DAP sudah diberi peluang selama 10 tahun, kali ini berilah peluang untuk saya berkhidmat selama lima tahun akan datang, apa salahnya,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast