Home Dunia Seoul turunkan pembesar suara di sempadan

Seoul turunkan pembesar suara di sempadan

Pembesar suara yang dipasang oleh Seoul di sempadan untuk menyebarkan propaganda kepada tentera Korea Utara. foto Agensi

SEOUL – Korea Selatan menurunkan alat pembesar suara yang ditempatkan di sempadan Korea Utara untuk tujuan propaganda terhadap tentera-tentera Pyongyang.

Agensi berita Yonhap yang memetik tentera Korea Selatan berkata: “Kami akan mula memindahkan alat perkakasan penyiaran pembesar suara daripada sempadan”.

Langkah itu dilihat sebagai simbolik bagi kedua-dua negara selepas persidangan antara dua Korea itu.

Pembesar suara itu mula dipasang pada tahun 1960an, sejak itu alat itu digunakan untuk menyebarkan pelbagai propaganda dari muzik K-pop hingga laporan berita.

Alat itu telah tidak digunakan lagi sebelum persidangan antara dua negara tersebut pada Jumaat lalu.

Jurucakap kementerian pertahanan Korea Selatan menyifatkan keputusan itu bagi membina kepercayaan antara kedua-dua negara.

Tindakan sama juga dilakukan oleh Korea Utara yang mengubah masa 30 minit lebih awal, sama seperti zon masa Korea Selatan.

Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk bekerjasama bagi menangani nuklear di Semenanjung Korea.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dijangka bertemu dengan Presiden Donald Trump untuk membincangkan isu itu dalam tempoh terdekat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast