KPDNKK umumkan harga runcit petrol dan diesel 3 Mei
Harga minyak petrol hari ini kekal tanpa kenaikan atau penurunan.

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi bahan bakar petrol RON 95, RON 97 dan diesel masih tidak berubah minggu ini.

Ia menjadikan harga yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu terus kekal tanpa untuk minggu keenam berturut-turut hari ini.

Harga RON 95 kekal pada RM2.20 seliter, RON 97 RM2.47 seliter dan diesel juga dikekalkan pada harga RM2.18 seliter.

Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini hingga 9 Mei ini iaitu Hari Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu depan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast