Calon Barisan Nasional (BN) P.107 Sungai Buloh, A.Prakash Rao sambil diiringi Calon DUN Barisan Nasional (BN) N.39 Kota Damansara, Datuk Hajah Halimaton Saadiah beramah mesra bersama sebahagian penduduk setempat ketika sesi 'walkabout; bersama masyarakat sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pasar Malam Subang Perdana, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2018

SUBANG – Walaupun pernah kalah pada pilihan raya yang lalu, A. Prakash Rao tidak mahu berputus asa dan dalam tempoh berkempen sebelum 9 Mei ini.

Beliau mahu terus bertungkus lumus demi menawan Parlimen Sungai Buloh yang ditandinginya.

Walaupun gagal menjadi wakil rakyat namun sejak empat tahun yang lalu Prakash tidak pernah meninggalkan lebih 30,000 pengundi yang memilihnya di kawasan itu sebaliknya sentiasa berkhidmat sehingga kini.

“Walaupun saya tewas sebelum ini saya pastikan saya terus kembali di sini dan lebih 4 tahun saya kerja siang dan malam di sini bukan berharap untuk mendapat tempat bertanding hanya semata-mata menghargai jasa 40,000 pengndi yang berikan undi kepada saya dalam PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13).

“Sebagai menghargai jasa dan pemimpin yang prihatin tidak sepatutnya melarikan diri kalau kalah. Kalau betul-betul pemimpin tidak kira kalah atau menang perkara biasa yang penting membantu rakyat,” katanya.

Beliau terdahulu bekerjasama dengan penyandang yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan melawat Pasar Malam Subang Perdana 2 petang tadi.

Prakash sebelum ini bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu selama 18 tahun dalam pada itu tidak ada masalah mendekati kaum itu yang menjadi pengundi majoriti di Sungai Buloh.

“Saya yakin diterima pelbagai kaum. Latar belakang saya sebagai guru Bahasa Melayu saya pernah menjadi guru selama 18 tahun di Sekolah Menengah Taman Sri Muda dan beberapa sekolah lain kemudian saya dinaikkan pangkat di Institut Perguruan Bahasa Melayu Lembah Pantai.

“Dengan pengalaman ini saya boleh berikan dan melakukan yang terbaik untuk bukan satu sahaja kaum,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Prakash pada PRU-13 menghadapi lima penjuru selain berentap dengan PKR Sivarasa Rasiah, Mohamad Ismail calon dari BERJASA dan dua lagi calon bebas.

Kali ini Parlimen Sungai Buloh menyaksikan empat calon selain Sivarasa penyandangnya dari PKR, calon Pas, Nuridah Mohd Salleh dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Zainurizzaman Mohamar.

Jumlah pengundi terkini di kawasan itu adalah 90,707 iaitu 66 peratus Melayu, Cina 22 peratus, 11 India manakala 2 peratus lain-lain.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast