BEIJING – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, melanjutkan keuntungan sederhana pada sesi sebelumnya memandangkan risiko geopolitik menjangkakan sekatan baru Amerika Syarikat terhadap Iran telah menyokong pasaran.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.03 sen kepada AS$68.46 setong pada 0040 GMT manakala niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$73.67 setong, naik 0.1 peratus daripada harga penutup.

Menteri Luar Iran berkata, permintaan Amerika Syarikat untuk menukar perjanjian nuklear 2015 dengan kuasa dunia tidak dapat diterima.

“Harga semasa mencerminkan ketidakpastian Iran. Pelabur bimbang tentang bekalan selepas Iran mengambil pendirian yang tegas dalam tindak balasnya kepada Amerika Syarikat,” kata Wang Xiao, Ketua Penyelidikan Minyak Mentah Guotai Junan Futures, sambil menambah harga mungkin jatuh jika sekatan baru dilaksanakan

Kuasa Eropah masih mahu sebuah rancangan untuk menyelamatkan perjanjian nuklear Iran minggu depan.

Tetapi pada masa sama mereka juga mahu melindungi ikatan perniagaan EU-Iran jika presiden Amerika Syarikat memberi ancaman untuk menarik diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast