Salah seorang mangsa runtuhan gua di lombong arang batu yang dibawa keluar dari tempat kejadian. foto Agensi

PAKISTAN – Sekurang-kurangnya 16 orang pelombong terbunuh selepas berlaku letupan gas di dalam gua lombong arang batu di barat Pakistan.

Sembilan yang lain cedera dalam kejadian di Marwaarh, timur bandar Quetta di Balochistan.

Pasukan kecemasan telah dihantar untuk cuba mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

Wilayah Balochistan kaya dengan mineral tetapi lombongnya mempunyai rekod keselamatan yang lemah.

Kebanyakan pelombong berasal dari perkampungan di daerah Khyber Pakhtunkhwa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast