Temubual bersama Calon Barisan Nasional (BN) P.006 Kubang Pasu, Datuk Seri Johari Baharum sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pasir Hitam, Langkawi. foto AQIRA AZEMI, 05 MEI 2018.
Datuk Seri Johari Baharum. foto AQIRA AZEMI, 05 MEI 2018.

ALOR SETAR – Tuduhan pembangkang kononnya warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya gimik politik untuk menghasut rakyat, kata Datuk Seri Johari Baharum.

Timbalan Menteri Pertahanan itu menafikan wujud pengundi Bangladesh, malah menjelaskan ia bukan suatu proses yang mudah untuk seseorang itu didaftarkan sebagai pemilih pada pilihan raya.

“Pengundi Bangla tidak betul, benda ini tidak benar. Ingat senang nak keluarkan daftar pemilih kepada mereka yang bukan warganegara kita,” kata beliau semasa ditemui wartawan.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut adalah gimik politik yang dimainkan pembangkang dengan mengitar semula isu yang sudah pun lapuk dan pernah digunakan sebelum ini semasa pilihan raya umum lalu.

“Ini gimik politik, isu kitar semula dan mereka akan mainkan banyak isu-isu lama yang sudah kerajaan jawab,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat tuduhan berhubung kemasukkan warga Bangladesh beramai-ramai bagi mengundi pasa PRU14. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast