Presiden Empirical, Anina Saadudin meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan isu peribadi, keluarga dan kroninya terlebih dahulu.
Ia lebih baik daripada beliau membangkitkan isu-isu yang zaman Perdana Menteri sekarang yang sebenarnya sudah selesai, katanya.
Bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, berkata, Mahathir seharusnya memberi jawapan terhadap isu-isu pada zamannya yang belum selesai sebelum hari pengundian PRU-14 ini.
Antara persoalan Anina termasuk dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan itu memiliki sebanyak 488 syarikat dengan kekayaan AS$44 billion yang sekarang bernilai RM170 billion.