Saya Yakin Dengan Rakyat Langkawi – Saidi

Jangan pandang belakang sebaliknya pandang masa depan terutama dalam tempoh lima tahun akan datang di mana ramai penduduk Langkawi boleh menjadi pengusaha industri pelancongan.

Itu peringatan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan ketika pengundi hanya mempunyai masa berbaki tidak sampai dua hari untuk membuat keputusan pada PRU-14 ini.

Beliau berkata, BN yang selama ini terbukti membela dan membantu rakyat telah menawarkan sebanyak 18 inisiatif berasaskan ekonomi rakyat dengan pembabitan masyarakat tempatan secara langsung.

“Ini penting bagi memastikan Langkawi terus maju tetapi kemajuan Langkawi dibawa bersama orang Langkawi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast