KUALA LUMPUR – Hospital Rehabilitasi Cheras yang pernah menjadi tumpuan orang ramai serta dikerumuni wartawan dua hari lepas hari ini lengang.
Walaupun masih ada sekumpulan wartawan berkumpul seperti biasa untuk melaporkan sebarang perkembangan terbaharu dari lokasi keadaan hari ini namun keadaannya lebih tenang berbanding tiga hari sebelum ini.
Setakat 11.30 pagi, tadi tidak ada sebarang kelibat kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menerima rawatan rehabilitasi di hospital itu.
Cuma sekitar 10.30 tadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr.S.Jeyaindran kelihatan memasuki hospital itu.
Beberapa anggota dan pegawai penjara juga hadir untuk tugas rutin pemeriksaan harian. MalaysiaGazette