Dzulkifli Ahmad

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) meletakan jawatannya pagi ini.

Jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Menurutnya, Dzulkifli telah menyerahkan sendiri surat peletakan jawatannya kepada Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara sebelum bermesyuarat dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi.

Dr Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan semua ketua setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dzulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baharu mulai 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – MalaysiaGazette