Sekumpulan warga Mesir yang dipenggal oleh IS pada 2015. foto Agensi

MISRATA – Libya akan memulangkan semula 20 mayat warga Kristian Mesia yang dibunuh oleh Kumpulan IS pada tahun 2015 di bekas kubu di Sirte.

Mayat-mayat tersebut telah ditemui pada bulan Oktober lalu selepas kawasan tempat mereka ditanam telah ditawan semula.

Mangsa-mangsa itu dipancung di pantai pada Februari 2015.

Mayat-mayat itu akan diterbangkan dari bandar barat Misrata ke Mesir, kata seorang pegawai Libya, sambil menambah terdapat satu mayat dipercayai warga negara Ghana.

Kumpulan IS menguasai Sirte pada tahun 2015 dan kehilangan bandar akhir tahun lalu kepada pasukan tempatan yang disokong oleh serangan udara Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast