Wan Hanapi
Wan Hanapi

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO tidak wajar menyalahkan bekas presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Barisan Nasional (BN) gagal dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaacob berkata, mereka patut menghargai dan berterima kasih kepada mantan Perdana Menteri itu yang sepanjang perkhidmatannya menerajui negara dan kerajaan Persekutuan, banyak jasanya dalam membantu rakyat marhain, terutama di luar bandar.

“Hasil daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pelbagai dasar diperkenalkan telah dapat dinikmati oleh sebahagian besar rakyat yang selama ini dikategorikan kurang berkemampuan.

“Beliaulah yang menyuap makanan ke dalam mulut-mulut sebahagian besar insan miskin yang amat memerlukan di kampung.

“Tetapi, akibat dendam politik yang menebal, beliau akhirnya dikorbankan, malah, ada sesetengah mulut yang disuap itu menggigit jarinya hingga putus,” katanya dalam posting yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Pada PRU14 Rabu lalu, BN gagal mempertahankan kerajaan Persekutuan dan kehilangan sekurang-kurangnya 10 negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH), masing-masing dua BN dan Pas.

Mengulas lanjut, Wan Hanapi berkata, banyak pihak membuat keputusan berdasarkan cerita dan berita yang disalurkan tanpa kepastian sebenar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast