Mike Pompeo

WASHINGTON – Amerika Syarikat kemungkinan membenarkan syarikat-syarikat swasta di Korea Utara, kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pelaburan berkenaan bersyarat.

Malah, katanya, pelabur Amerika Syarikat boleh membantu membina grid tenaga.

Pompeo berkata demikian dalam wawancara dengan Fox News menjelang pertemuan Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Singapura.

Jumaat lalu, Amerika Syarikat mengumumkan akan membantu pembinaan semula ekonomi Korea Utara tetapi Pompeo tidak memberi perincian tersebut.

“Amerika Syarikat akan masuk – sektor swasta Amerika, bukan pembayar cukai Amerika-sektor swasta akan masuk untik membina tenaga grid.

“Mereka memerlukan sejumlah besar tenaga elektrik di Korea Utara,” katanya.

Beliau juga mencadangkan pelaburan dalam pertanian supaya rakyat Korea Utara “boleh makan daging dan mempunyai kehidupan yang sihat”.

Trump dan Jong-un dijangka bertemu pada 12 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast