Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin berucap pada Konvensyen Belia Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin berucap pada Konvensyen Belia Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata sebagai pihak yang inginkan kebenaran mereka seharusnya menyokong Akta Antiberita Tidak Benar.

Secara peribadi, beliau berpendapat, akta itu perlu diteruskan supaya bagi mengawal penyebaran berita palsu, tidak benar dan fitnah.

“Tambahan pula pasti kerajaan tidak mahu berita palsu disebarkan sama seperti pihak lain. Kita pula mahu pastikan anak muda lebih sedar akan kepentingan berita tepat dan benar.

“Kerana sesiapa pun tak suka fitnah sama ada kerajaan atau pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Belia Kebangsaan dan Sambutan Hari Belia Negara 2018 bertemakan Cakna Negara: Demokrasi, Populisme & Sosialisasi Politik Belia Pasca PRU ke-14 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu daripada lapan resolusi hasil konvensyen hari ini yang dijangka bakal dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Resolusi itu membabitkan menangani isu tular dan mengendalikan persepsi dengan meningkatkan kesedaran menjadi warganegara yang kritis dan menyemak fakta.

Semalam, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam laman Twitternya sebelum ini mengingatkan kerajaan supaya menunaikan janji memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar

Sebelum ini, Mahathir berkata, undang-undang antiberita palsu akan diberi takrifan jelas.

Resoluasi lain yang dihasilkan konvensyen hari ini termasuk cadangan menubuhkan sekolah politik belia di peringkat kebangsaan bagi memfokuskan pendidikan politik di kalangan belia.

Mua’amar Ghadafi Jamal berkata, sekolah politik belia itu adalah sebagai memberikan maklumat yang seimbang dan politik yang matang.

Beliau berkata, Indeks Belia 2015 mendapati sosialisasi politik golongan muda sangat rendah dan mereka tidak mengambil tahu mengenainya.

“Sebab itu kita hennak pastikan wujud sekolah supaya dapat politik yang stabil dan tidak berat sebelah. Sebelum ini sekolah politik ada dibuat oleh parti politik tetapi bersifat berat sebelah.

“Kita mempunyai ahli di kalangan pemerintah dan pembangkang. Jadi kita mahu input seimbang dan matang berpolitik,” katanya. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast