Shashi Tharoor dan Sunanda Pushkar

NEW DELHI – Ahli Parlimen India, Shashi Tharoor dituduh kerana terlibat dalam pembunuhan isterinya, Sunanda Pushkar pada tahun 2014.

Kematian Pushkar dianggap bunuh diri pada awal siasatan tetapi polis kemudian mengatakan dia telah dibunuh

Tharoor yang juga bekas diplomat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dituduh bersubahat membunuh pasangannya.

Bagaimanapun, Tharoor menyifatkan pertuduhan itu tidak masuk akal.

Tharoor, seorang ahli Parlimen India dari parti Kongres telah berkahwin dengan Pushkar, seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Dubai pada tahun 2010.

Wanita itu ditemui meninggal dunia di sebuah hotel lima bintang di Delhi pada 17 Januari 2014.

Punca kematian masih belum diketahui.

Bedah siasat pertama kali mencadangkan kematiannya disebabkan pengambilan lebihan dadah dan dilaporkan Pushkar juga sedang menjalani rawatan.

Bagaimanapun, mayat Pushkar dikatakan ada keracunan, tanda suntikan misteri dan gigitan mendalam di telapak tangannya.

Pasangan itu terlibat dalam kontroversi berhubung satu siri mesej Twitter sebelum kematian Pushkar yang mendedahkan Tharoor mempunyai hubungan dengan seorang wartawan Pakistan.

Tetapi kedua-dua pasangan itu menafikan twitter tersebut.

Tharoor berhadapan dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast