KUALA LUMPUR – Dagangan harian proprietari (PDT) dan jualan singkat intra hari (IDSS) telah digantung untuk saham-saham Excel Force MSC Bhd, My E.G. Services Bhd, George Kent (M) Bhd dan Gabungan AQRS Bhd.

Penggantungan itu sepanjang hari ini, menurut Bursa Malaysia.

Langkah itu dibuat selepas harga terakhri yang diluluskan menjunam lebih daripada 15 sen atau 15 peratus daripada harga rujukan.

“Aktiviti PDT dan IDSS dibenarkan pada hari dagangan keesokan harinya iaitu hari Rabu,” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast