Kapal Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Low Taek Jho mungkin akan diperintahkan untuk mengembalikan kapal layar berharga AS$ 250 juta kepada Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang dikenali sebagai Jho Low didakwa membelinya kapal mewah itu daripada wang yang diperoleh dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Persekutuan Los Angeles akan mengeluarkan perintah segera berhubung permintaan Jabatan Hakim untuk mendapatkan hak ke atas “Equanimity,” kini masih berada di Indonesia.

Sebelum ini, Hakim Daerah AS, Dale Fischer memutuskan pada April lalu bahawa kapal itu dibenarkan berlayar ke Amerika Syarikat dari Bali.

Tetapi, mahkamah di Jakarta pula mendapati polisi itu tidak mengikut prosedur yang tepat dan memerintahkan kapal layar itu berpatah semula.

Beliau berkata, peguam Jho Low dan pemegang amanah bagi kapal sepanjang 300 kaki (91 meter) mungkin mahu mendapatkan “writ penghakiman” yang merujuk kepada rayuan kepada keputusan tersebut.

Kapal mewah itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia pada bulan Februari atas permintaan AS.

Equanimity adalah antara aset-aset bernilai lebih AS$1.5 bilion yang didakwa oleh Amerika Syarikat dibeli dengan menggunakan dana 1MDB secara tidak sah.

Jeremy Matz, seorang peguam yang memegang amanah bagi kapal layar untuk kepentingan Jho Low berkata, pelanggannya akan mematuhi perintah mahkamah untuk menyerahkan kapal layar itu.

Bagaimanapun, Matz mengulangi akan membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat terhadap pelanggannya.

Peguam AS dan Jho Low sedang berunding untuk menjual Equanimity.

Manakala tuntutan-tuntutan cukai tidak dapat diselesaikan, tetapi dibahagikan sama ada transaksi itu perlu dilakukan di Amerika Syarikat atau di Mediterranean, yang dipertikaikan oleh pemeganga amanah itu sebagai pasaran unggul bagi sebuah kapal mewah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast