Ahli Panel merangkap Pengerusi Tetap MBM dan Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Syahbuddin Hashim bercakap pada Konvensyen Belia Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018
Ahli Panel merangkap Pengerusi Tetap MBM dan Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Syahbuddin Hashim bercakap pada Konvensyen Belia Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Jangan tunding jari dan jangan pula mencaci maki pemimpin terdahulu.

Itu nasihat Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Syahbuddin Hashim.

Beliau berkata, atas dasar hendak melihat negara maju, rakyat Malaysia perlu bersatu.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh merosakkan negara.

“Pemimpin datang dan pergi tetapi negara perlu dipertahankan. Ini pola baru. Parti kini, parti pertama memerintah. Maka, bagi masa… bagi ruang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perkongsian pengalaman pada Konvensyen Belia Kebangsaan dan Sambutan Hari Belia Negara 2018 di sini hari ini.

Program bertemakan Cakna Negara: Demokrasi, Populisme & Sosialisasi Politik Belia Pasca PRU-14 itu diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mohd Syahbuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Galas berkata, jika dilaksanakan ‘bedah siasat’ mengenai kepimpinan terdahulu, pasti ada kebaikan di sebalik keburukan yang nampak.

Beliau berkata, meskipun Barisan Nasional (BN) kini menjadi pembangkang di negeri dan negara tetapi amalan melompat parti tidak wajar diketengahkan.

Katanya, ini kerana pemilihan rakyat adalah berdasarkan ‘warna baju’ yang dipakai.

“Ini adalah ujian untuk BN  tetapi amanah tetap perlu dilaksanakan walaupun perit apabila kita umpama yatim piatu ketika ini.

“Tetapi ini demi kebaikan untuk melihat negara Malaysia menjadi lebih utuh dan kukuh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast