MONTANA – Pelakon Margot Kidder, yang paling terkenal dengan peranannya sebagai Lois Lane dalam Superman, meninggal dunia pada usia 69 tahun.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Livingston, Montana.

Nama Kidder menjadi popular semasa bersama Christopher Reeve ketika beraksi dalam filem Superman pada tahun 1970an dan 1980an.

Pelakon kelahiran Kanada itu telah mendapat kewarganegaraan Amerika pada tahun 2005 dan menjadi seorang aktivis hak politik dan wanita.

Punca kematian Kidder belum diketahui.

Selain bersama Reeve membintangi filem dan sekuel Superman pada tahun 1978, Kidder juga membintangi filem Black Christmas dan The Amityville Horror. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast