Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. Dikhabarkan Tun Mahathir menuju ke Istana Negara bagi proses pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah  meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana lebih kurang 10:37 pagi tadi dipercayai menuju ke Istana Negara.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. Dikhabarkan Tun Mahathir menuju ke Istana Negara bagi proses pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.

Lembaga Pengampunan dijangka mengadakan mesyuarat berhubung pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan pada 11 atau 11.30 pagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian dijangka keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menghadap Yang dii-pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Lembaga Pengampunan itu dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai perdana menteri serta peguam negara yang akan mempertimbangkan petisyen pengampunan dan pembebasan Anwar.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong sedia memberi pengampunan diraja dan pembebasan serta-merta kepada Anwar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast