Tag: Pembebasan
Keputusan pembebasan penuh Ahmad Zahid Khamis ini
Mahkamah Tinggi menetapkkan Khamis ini bagi memutuskan permohonan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Pendakwa raya tidak bantah permohonan pembebasan Zahid
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pendakwa raya tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapat pembebasan penuh daripada 47 pertuduhan melibatkan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.
Rayuan pendakwaan tiada merit, peguam Syed Saddiq serah keputusan pada mahkamah
Pasukan peguam menyerahkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman atas kesalahan melibatkan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Pendakwa Raya teruskan rayuan terhadap Syed Saddiq
Pendakwa raya mengekalkan rayuan untuk mengetepikan pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Kes Syed Saddiq: Pendirian pendakwaan kepada Mahkamah Persekutuan Rabu ini
Pihak pendakwaan akan menyatakan pendirian kepada Mahkamah Persekutuan pada Rabu ini sama ada untuk meneruskan rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada kes penyelewangan dana RM1 juta milik Armada.
Kes Syed Saddiq: Mahkamah tunggu pendirian pendakwa dalam tempoh seminggu
"Jika pendakwaan berpendirian bahawa anda masih boleh membuktikan kes dengan segala cara, berpeganglah padanya. Tetapi jika selepas menyemak kes, anda merasakan tidak mahu mengekalkan rayuan, maka anda harus memaklumkan kepada kami," katanya..
Syed Saddiq tidak dapat faedah kewangan ekoran pengeluaran RM1 juta dana...
Pasukan pembelaan hari ini menghujahkan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mendapat faedah kewangan ekoran pengeluaran dana Armada RM1 juta seperti pertuduhan bersubahat yang dikenakan terhadapnya.
Keputusan Mahkamah Rayuan beri kesan serius tadbir urus dana kempen politik
Pihak pendakwaan menghujahkan, Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan wang RM120,000 yang dipindah masuk ke dalam akaun peribadi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, adalah kepunyaan beliau yang telah digunakan untuk kempen pilihan raya.
Mahkamah Rayuan lempar tuduhan liar terhadap pendakwaan, SPRM – Wan Shaharuddin
"Hanya kerana SP13 direman selama enam hari dan dalam keadaan tertekan, ia tidak menjadi satu kebarangkalian untuk SP13 memberikan keterangan yang telah disesuaikan untuk memuaskan hati pihak SPRM dan mereka-rekakan keterangan terhadap responden," katanya.
Syed Saddiq dalang pengeluaran dana RM1 juta Armada – Pendakwaan
"Apa yang kami perlu buktikan di sini, tanpa arahan responden, SP13 tidak akan melakukan kesalahan pecah amanah jenayah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan,'' hujah Wan Shaharuddin.
















