Video – Sidang Media Pertama Anwar Ibrahim Selepas Pengampunan Agong

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu memberikan sokongan padu kepada kepemimpinan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Mahathir. “Mahathir komited terhadap agenda negara, selain konsisten kepada perubahan.

“Keutamaan saya pada ketika ini adalah kepentingan rakyat dan saya sudah memaafkan beliau (Mahathir),” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media khas di kediamannya di Bukit Segambut, di sini sebaik dibebaskan hari ini.