Setelah hampir 18 jam berlalu, akhirnya pasukan polis yang berkampung dan menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 10 malam semalam, membawa keluar beberapa peti disyaki mengandungi barang penting bukti penyiasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari premis itu di Langgak Duta, Taman Duta petang tadi.