“Jho Low Tampil Bantu Selesaikan Kes 1MDB” – Tun Daim

Daim meminta ahli perniagaan Jho Low untuk tampil membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Beliau mendakwa mengetahui lokasi Jho Low tetapi mengharapkan hartawan tersebut secara sukarela kembali ke Malaysia.

“Saksi utama adalah Jho Low. Saya harap beliau balik ke Malaysia dan membantu kami di dalam siasatan 1MDB,” katanya lagi. Jho Low tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam 1MDB bagaimanapun dikatakan pernah memberi nasihat kepada syarikat tersebut.- MalaysiaGazette