KUALA LUMPUR – Empat buah kenderaan ibu pejabat Polis Daerah Sentul memasuki kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekitar 9.30 malam tadi.
Difahamkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sentul, Deputi Superintendan Abdul Malik Hasim.
Media difahamkan, kehadiran pegawai polis dari IPD Sentul berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh Najib yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang belum dipastikan sebabnya.
Pengamal media yang berkumpul di Langgak Duta tidak dapat memastikan tujuan kehadiran pegawai polis berkenaan pada waktu malam.-MalaysiaGazette