Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun tidak menyatakan sama ada nama calon menteri besar itu adalah dalam kalangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedia ada ataupun sebaliknya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun tidak menyatakan sama ada nama calon menteri besar itu adalah dalam kalangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedia ada ataupun sebaliknya.

SHAH ALAM – Kedudukan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan ditentukan esok oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara itu disahkan Azmin ketika ditemui pemberita selepas mengadap baginda Sultan lebih kurang dua jam.

Pertemuan itu dibuat susulan nama beliau diumumkan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas.

“Saya menghadap Tuanku Sultan hari ini dan menyembah maklum mengenai perkembangan terkini (mengenai kedudukan sebagai menteri besar).”

“Majlis menghadap berjalan dengan cukup positif dan Tuanku akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kedudukan saya sebagai menteri besar pukul 9 pagi esok,” katanya.

 

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Persekutuan dijadual berlangsung di Istana Negara esok pada pukul 11.30 pagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast