Perodua mencatat jualan sebanyak 7,886 kenderaan pada bulan Mei 2020, menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini kepada 52,920 unit.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perodua akan bayar balik semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada para pelanggan yang membeli kenderaan baru, melakukan servid dan membeli alat ganti antara 18 hingga 31 Mei.

Pembayaran itu dibuat secara tunai, kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Datuk Dr Zahari Husin.

Katanya, rebat GST yang ditawarkan sejak semalam adalah inisiatif Perodua sendiri dan berharap para pelanggan akan mengambil kesempatan menikmati manfaat itu di premis juaan dan perkhidmatannya.

“Bagi pelanggan kami yang telah membuat urus niaga di mana-mana pusat perkhidmatan pada18 Mei 2018, kami akan membayar balik rebat anda dalam bentuk e-baucar.

“Bermula semalam, pelanggan akan menerima rebat tunai 6 peratus untuk kenderaan yang diservis,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast