Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berucap pada perhimpunan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2018.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berucap pada perhimpunan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan tentang prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, kehakiman dan eksekutif supaya dapat mengembalikan semula kegemilangan negara.

Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan kuasa.

Katanya, perkara itu penting untuk dilakukan agar kerajaan boleh dipantau serta ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

“Inilah yang harus diingat oleh anggota pentadbiran supaya menjadi kakitangan yang kuat untuk melaksanakan segara urusan untuk membangunkan negara.

“Pentadbir mesti jadi pentadbir yang baik dan tidak terpesong serta akur kepada negara demokrasi, jika tiada pemisahan kuasa maka ada pihak yang akan berkuasa sehingga tidak boleh ditegur dan ditentang jika melakukan kesalahan,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana Putra di sini pagi tadi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abdul Rahim Seman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast