PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.40 pagi.
Beliau yang hadir dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire bernombor plat QMN11 diringi masuk oleh pengawal keselamatan SPRM.
Sebaik tiba beliau memasuki perkarangan SPRM untuk diambil keterangan.
Dalam pada itu berlaku insiden tolak menolak antara jurukamera dan jurufoto dengan pengawal keselamatan Najib.
Jumaat lalu, SPRM bertindak membuka semula kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kehadiran Najib diperlukan bagi mendapatkan keterangan beliau berhubung siasatan berkenan.
Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Malah, kertas siasatan yang berkaitan ketika itu dikembalikan kepada SPRM, selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup. – MalaysiaGazette