KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Maszlee Malik hari ini dilihat menjadi imam kepada kakitangan kementerian yang baru dipimpin beliau.

Menurut Facebook Khalifah Media Network, Maszlee dilihat menjadi imam solat Asar dan tindakan itu nyata mengejutkan mereka.

“Saja nk share…harini kat surau tetibe Menteri Pendidikan turun mengimamkan solat zohor. Tkezut pegawai2.

“Selama ni even kppm (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) pun xprnah turun surau tu…ni ttbe yb menteri…jd imam lgi…Alhamdulillah,” tulis Facebook berkenaan dengan memaparkan gambar Maszlee dihadapan saf.

Maszlee antara menteri yang menganggotai Kabinet terbaharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Beliau antara individu yang disifatkan muka baharu dalam politik yang dilantik sebagai menteri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast