Kemalangan melibatkan lori dan motosikal ditunggang seorang lelaki Indonesia yang maut di Jalan Bunga Dahlia, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum dilanggar sebuah lori di Jalan Bunga Dahlia di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian melibatkan dua buah kenderaan tersebut berlaku pada pukul 5.05 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu lelaki Indonesia terbabit yang berusia 58 tahun hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Mangsa kemudian dilanggar sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Seng Lee berkata, akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh mengubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa 011-26081008 atau hadir ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast