Status program program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sama ada dikekalkan atau tidak di bawah kerajaan Pakatan Harapan masih belum diputuskan. 
Status program program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sama ada dikekalkan atau tidak di bawah kerajaan Pakatan Harapan masih belum diputuskan. 

KUALA LUMPUR – Status program program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sama ada dikekalkan atau tidak di bawah kerajaan Pakatan Harapan masih belum diputuskan. 

Pengarah Unit Strategi Nasional di Kementerian Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassan berkata, sungguhpun perkara itu dibincangkan dalam Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) hari ini namun masih belum ada keputusan yang berjaya dimuktamadkan. 

“Yes ( ia dibincangkan) dan akan diteruskan (perbincangan),” ringkas katanya ketika meninggalkan Menara Ilham lebih kurang pukul 1:10 petang tadi. 

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan bila perbincangan itu akan diteruskan. 

Untuk rekod, (NBOS) ditubuhkan pada tahun 2009. 

Sebanyak 116 inisiatif telah dilaksanakan menerusinya antara Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Selain itu turut dipanggil oleh Majlis Penasihat Kerajaan hari ini adalah Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad; Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Dr Hafsah Hashim; Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE), Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros; dan Ketua Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast