Unai Emery diletakkan harapan oleh Arsenal
Unai Emery

ENGLAND – Arsenal dikatakan telah menambah dana pelaburan untuk merekrut pemain baharu ke Stadium Emirates pada musim depan Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners secara rasminya melantik Unai Emery sebagai pengurus baharu Arsenal menggantikan Arsene Wenger pada Rabu lepas.

Bekas jurulatih Paris Saint Germain berusia 46 tahun itu sudah menyediakan senarai pemain berpotensi menjelang jendela perpindahan Jun ini.

Sebagai permulaan Emery difahamkan telah disediakan dana berjumlah £50 juta (RM265 juta) untuk membeli pemain baharu oleh Lembaga Pengarah Arsenal.

Difahamkan, badan itu melepaskan dana tambahan untuk pengurus itu.

The Telegraph mendakwa Stan Kroenke bersetuju untuk menyediakan Emery £20 juta (RM106 juta) untuk memperkuatkan jentera menghadapi saingan liga domestik musim depan.

Ketua pengrekrutan pemain ke Arsenal, Sven Mislintat bersedia memainkan peranan tengah dalam rundingan perpindahan pemain baharu.

Wenger juga dikatakan telah menasihati Emery untuk fokus dalam memperkuatkan bek pertahanan Arsenal.

Bekas pemain Manchester United, Jonny Evans yang kini beraksi dengan West Bromvich, Caglar Soyuncu (Freiburg) dan Sokratis Papastathopoulos dari Borussia Dortmund merupakan tiga pemain yang dipertimbangkan untuk posisi itu.

Kroenke memuji pengetahuan yang dimiliki Emery tentang sejarah Arsenal.

Majoriti pemegang saham di Arsenal juga meletakkan keyakinan terhadap keupayaan Emery yang ditunjukkan bersama kelab terkaya Perancis PSG.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast