Ronaldinho akan mengahwini kekasih-kekasihnya dalam acara tertutup di Kondominium Santa Monica di Barra da Tijuca, Rio pada Ogos ini.
Ronaldinho akan mengahwini kekasih-kekasihnya dalam acara tertutup di Kondominium Santa Monica di Barra da Tijuca, Rio pada Ogos ini.

LONDON – Rupa paras tidak menjadi masalah buat legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho apabila dia akan mengahwini dua wanita sekaligus pada Ogos ini.

Mirror.Uk yang memetik laporan media di Brazil berkata, bekas bintang Barcelona itu akan melangsungkan upacara perkahwinan bersama sepasang tunangnya, Priscilla Coelho dan Beatriz Souza.

Ronaldinho dikatakan hidup bersama dua wanita itu tanpa masalah sejak Disember lalu di kediaman mewahnya yang bernilai RM26 juta di Rio de Janeiro.

Ronaldinho mula menjalinkan hubungan dengan Beatriz pada 2016 namun meneruskan hubungannya dengan Priscilla yang sudah terjalin beberapa tahun sebelumnya.

Menurut beberapa laporan, kedua-dua kekasihnya menerima elaun hampir RM8,000 sebulan daripada pemain itu untuk berbelanja.

Ronaldinho turut dilaporkan memberikan kedua-dua wanita itu hadiah yang sama, termasuk membelikan wangian serupa ketika mereka bercuti ke luar negara bersama-sama.

Bekas Pemain Terbaik Dunia itu melamar mereka pada Januari tahun lalu dan memberikan kedua-duanya cincin pertunangan.

Ronaldinho akan mengahwini kekasih-kekasihnya dalam acara tertutup di Kondominium Santa Monica di Barra da Tijuca, Rio. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast