Suspek yang dikesan melalui CCTV sedang berjalan di wad bersalin di sebuah hospital. foto SCMP

BEIJING – Seorang lelaki ditahan ketika cuba menculik seorang bayi yang baharu lahir di sebuah hospital.

Lelaki berusia 35 tahun yang bernama Xie itu ditahan selepas kamera litar tertutup (CCTV) mengesan beliau menyelinap masuk ke wad bersalin di hospital di Dzhou di Sichuan.

Suspek dilihat berjalan-jalan sepanjang koridor dan mengintip melalui beberapa pintu sebelum memasuki wad.

Dia kemudian cuba membawa bayi lelaki jauh dari katilnya, tetapi dilihat oleh nenek bayi itu.

Nenek bayi berkenaan sempat menjerit dan beberapa orang sempat mengejar suspek.

Suspek ditangkap di pintu masuk dengan bantuan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast