Pulau buatan yang dibangunkan China di Laut China Selatan

WASHINGTON – Dua kapal perang tentera laut Amerika Syarikat dikesan berlayar berhampiran pulau buatan China di Laut China Selatan.

Operasi itu merupakan langkah terbaharu untuk mengatasi usaha Beijing yang didakwa Washington telah menghadkan kebebasan navigasi di perairan strategik.

Walaupun operasi ini telah dirancang beberapa bulan lebih awal dan telah menjadi rutin, ia berlaku pada masa yang sangat sensitif dan hanya beberapa hari selepas Pentagon yang tidak mengundang China untuk latihan tentera laut Amerika Syarikat.

Sumber pegawai Amerika Syarikat berkata, peluru berpandu pemusnah Higgins dan Antietam, sebuah peluncur peluru berpandu tiba kira-kira 12 batu nautika dari Kepulauan Paracel, di pulau yang menjadi pertikaian di perairan itu.

Kapal tentera A.S. menjalankan operasi berhampiran dengan Pulau Pokok, Lincoln, Triton dan Woody di Paracels.

Pembatalan pertemuan antara Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah menimbulkan ketegangan lagi pada hubungan Beijing dan Washington – di tengah-tengah pertikaian perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia.

Gambar-gambar satelit yang diambil pada 12 Mei menunjukkan China telah menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara atau peluru berpandu pelayaran anti-kapal di Kepulauan Woody.

Awal bulan ini, angkatan udara China mendaratkan pengebom di pulau terumbu di Laut China Selatan itu sebagai sebahagian daripada latihan di rantau ini.

Bagaimanapun tindakan China itu telah mencetuskan kebimbangan Vietnam dan Filipina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast