George HW Bush

MAINE – Bekas Presiden Amerika Syarikat, H.W. Bush, 93 dimasukkan ke hospital di Maine selepas mengalami tekanan dara rendah dan keletihan.

Bush dijangka berada di hospital itu untuk pemantauan beberapa hari lagi, kata jurucakap Jim McGrath.

“Bekas presiden dalam keadaan sedar dan dalam keadaan berjaga-jaga tetapi tidak berapa selesa,” katanya menerusi Twitter.

Bush telah menerima rawaatan di Texas pada bulan lalu disebabkan jangkitan yang merebak dalam darahnya dan ditahan di dalam wad untuk beberapa hari.

Dia menerima rawatan itu selepas sehari kematian isterinya, Barbara Bush yang meninggal dunia pada 17 April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast