Mustafar Ali
Mustafar Ali

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengambil tindakan segera ke atas seorang pegawainya yang bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pegawai itu telah ditahan kerja berikutan tularnya video tersebut.

“Perlakuan pegawai itu jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan dengankod etika jabatan dan perkhidmatan awam.

“JIM memandang serius perkara itu. Pegawai terbabit telah dikenakan tindakan segera dan JIM telah mengambil tindakan tahan kerja ke atas beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan sekali gus tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.

Tambahnya, tindakan yang serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja ke atas pegawak yang melakukan kesalahan.

“JIM tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast