Setiausaha Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kemelut politik di negeri itu masih belum berakhir dan kini menemui jalan buntu. “Datuk Seri (Ahmad) Zahid Hamidi kata kemelut di Perlis sudah selesai, belum lagi,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, isu pelantikan Menteri Besar akhirnya dipercayai selesai apabila beliau selesai menyembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan menyatakan persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Azlan Man menjawat jawatan nombor satu negeri itu.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar menegaskan, selagi Menteri Besar, Datuk Azlan Man memegang jawatan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri itu akan terus menolak beliau.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast